S M I L E
Welcome

Story About Links Info


ClickClick




Shout here !


Followers

Rewind !


Credit Section !

Template by : LiyanaIzzati
Basecode made by : AreQil
Background : Wana
Icon :
Header : Sihan
Best view : Google Chrome



Harga Segelas Susu

          Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya . Menjelang tengah hari , dia sudah berasa lapar , namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya . Bagi menghilangkan rasa lapar , dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan .

          "Kakak , boleh berikan saya segelas air ?"

          Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu .

          "Tunggu sebentar ya ." Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya . Budak itu terus minum tanpa berlengah .

          Berapa ya saya berhutang dengan akak ?" Katanya sambil menyeluk saku poketnya .

          "Tak perlu bayar ."

          "Tetapi saya hanya minta air kosong . Emak saya ajar , jangan ambil apa - apa daripada orang lain tanpa bayaran ."

          "Kalau begitu bayarlah dengan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih ."

          "Okey , Alhamdulillah . Terima kasih kakak !" Budak tersebut segera beredar kembali menjaja kerepeknya . Entah bagaimana , dia berasa begitu bertenaga dan penatnya hilang . Bukan semata-mata kerana segelas susu itu malah lebih daripada itu , kerana sifat pemurah wanita itu walaupon tidak dikenalinya .
           Beberapa tahun berlalu , wanita tersebut diserang penyakit serius . Dia dirawat di hospital bandar tersebut dengan kelolaan doktor pakar .

           Rupa - rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu ialah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu masa dulu . Si doktor masih mengenali wajah wanita itu , walaupun sudah berusia .

            Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh . Malah bil hospital pun ditanggungnya . Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya , tiba kepadanya sekeping bil hospital . Di atas bil itu tertulis :

            "Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu . Alhamdulillah dan terima kasih . - Dr. Muhammad. "

Pengajaran :
          Walaupon kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas , impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita . Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana - mana , dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita =)

Credit : Buku Angguk Geleng



Post a Comment